FAQ Hubungi Maklumbalas Peta Laman

Perbincangan Kerjasama Memperkasa Dakwah Dan Sokongan Kepada Mualaf

Perbincangan Kerjasama Memperkasa Dakwah Dan Sokongan Kepada Mualaf

ULU PAUH, 26 Oktober 2026 – Pertubuhan Discover Islam, Bahrain yang diwakili oleh Encik Mohammed Zuhair telah mengadakan kunjungan hormat kepada Mufti Negeri Perlis di Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Kampus Ulu Pauh, Perlis, bagi membincangkan potensi kerjasama dalam memperkukuh usaha dakwah Islam serta sokongan kepada mualaf.

Kunjungan tersebut turut disertai oleh Naib Canselor dan ahli EXCO UniSIRAJ serta para Pegawai Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Antara perkara yang dibincangkan ialah usaha memperkukuh sistem sokongan kepada mualaf melalui bimbingan agama secara berterusan dan pembangunan kemahiran bagi membantu mereka menjalani kehidupan sebagai Muslim.

Perbincangan turut menyentuh potensi penglibatan institusi pengajian tinggi, sukarelawan dan masyarakat setempat dalam memperluas jaringan kerjasama bagi pelaksanaan program dakwah dan kebajikan.

Kunjungan ini diharap dapat membuka ruang kepada perkongsian pengalaman dan kepakaran serta meneroka peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada masyarakat, sekali gus memperkukuh usaha dakwah Islam di Perlis.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1253
Semalam 1828
Minggu Ini 3081
Bulan Ini 56633

Keseluruhan 4014113

   Masa Capaian : 1.02 saat    Kemaskini :  27/10/2026