Jabatan Mufti Negeri Perlis Terima Lawatan Akademik SMKA Al-Irshad

Jabatan Mufti Negeri Perlis Terima Lawatan Akademik SMKA Al-Irshad

BUKIT KETERI, 22 Oktober 2026 – Jabatan Mufti Negeri Perlis menerima lawatan akademik daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad (SMKA Al-Irshad), Pulau Pinang, yang melibatkan seramai 30 orang murid dan sembilan orang guru pengiring. Lawatan tersebut berlangsung di Kediaman Mufti Negeri Perlis, Bukit Keteri, Perlis.

Lawatan akademik ini bertujuan memberikan pendedahan secara langsung kepada para pelajar cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah mengenai peranan dan fungsi Jabatan Mufti Negeri Perlis, khususnya dalam pengurusan hal ehwal syariah, penyelidikan hukum-hakam, penetapan fatwa serta penelitian isu-isu semasa yang berkaitan dengan kehidupan umat Islam.

Dalam lawatan tersebut, Mufti Negeri Perlis, Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, turut menyantuni para pelajar dengan menyampaikan nasihat dan perkongsian ilmu. Beliau turut memberikan dorongan kepada para pelajar agar terus menuntut ilmu, memperkukuh kefahaman agama serta membentuk akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian.

Lawatan ini turut menjadi platform untuk menghubungkan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan realiti pelaksanaan tugas di institusi agama. Melalui pendedahan ini, para pelajar berpeluang memperluas pemahaman tentang kepentingan ilmu syariah serta peranan institusi mufti dalam membimbing masyarakat menghadapi pelbagai isu dan cabaran semasa.

Jabatan Mufti Negeri Perlis mengalu-alukan inisiatif pihak sekolah dalam memperkukuh pembelajaran berasaskan pengalaman seperti ini bagi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan mempunyai kefahaman yang mantap terhadap Islam.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai Jabatan Mufti Negeri Perlis yang bersama-sama menjayakan lawatan akademik tersebut.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1170
Semalam 1773
Minggu Ini 6886
Bulan Ini 47421

Keseluruhan 4004901

   Masa Capaian : 0.95 saat    Kemaskini :  22/10/2026