Seminar Jom Fahami Wakaf Perkasa Kefahaman Masyarakat Mengenai Wakaf Kontemporari

Seminar Jom Fahami Wakaf Perkasa Kefahaman Masyarakat Mengenai Wakaf Kontemporari

KANGAR, 24 Sept — Seminar Jom Fahami Wakaf Peringkat Negeri Perlis 2026 yang berlangsung di Dewan Warisan Kangar hari ini memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai konsep, hukum dan aplikasi wakaf, khususnya dalam konteks semasa.

Seminar anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Maybank Berhad dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis ini menghimpunkan tiga pembentangan utama berkaitan wakaf tunai, wakaf sementara serta pembangunan dan kelestarian aset wakaf dari perspektif fiqah dan fatwa.

Pembentangan pertama bertajuk “Fatwa dan Isu-Isu Fiqah Berkaitan Wakaf Tunai serta Aplikasinya dalam Realiti Semasa” disampaikan oleh S.F. Profesor Dr. Azman bin Mohd Noor, diikuti pembentangan “Fatwa dan Isu-Isu Fiqah Berkaitan Wakaf Sementara (Wakaf Mu’aqqat) serta Aplikasinya dalam Realiti Semasa” oleh YBrs. Dr. Muhd Ramadhan Fitri bin Elias.

Pembentangan ketiga bertajuk “Istibdal, Pembangunan Aset dan Kelestarian Wakaf: Perspektif Fiqah dan Fatwa” disampaikan oleh YBrs. Dr. Muhammad Fathullah al-Haq Muhammad Asni.

Ketiga-tiga pembentangan itu kemudiannya disusuli forum dan sesi soal jawab bagi memberi ruang kepada peserta mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu wakaf yang dibincangkan.

Seminar berkenaan turut diserikan dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang menekankan keperluan memperkukuh amalan wakaf sebagai instrumen pembangunan yang mampu menjana manfaat berterusan kepada masyarakat dan generasi akan datang.

Tuanku DYTM turut menegaskan kepentingan pengurusan wakaf berteraskan amanah, integriti, ketelusan dan kecekapan, selain memanfaatkan teknologi dalam pendaftaran, rekod aset, pemantauan, pentadbiran dan pelaporan wakaf.

Dalam titahnya, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis turut menyeru agar budaya berwakaf terus diperkukuh, di samping meningkatkan tadbir urus institusi wakaf serta meneroka pendekatan kreatif dan strategik dalam pembangunan aset wakaf.

Penganjuran seminar iini diharap dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat terhadap wakaf serta memperkukuh peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah dan kesejahteraan masyarakat.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 309
Semalam 1810
Minggu Ini 8169
Bulan Ini 47873

Keseluruhan 3944583

   Masa Capaian : 0.93 saat    Kemaskini :  24/9/2026