Mufti Perlis Hadiri Resepsi Hari Kebangsaan Ke-96 Arab Saudi
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Mufti Perlis, Sahibus Samahah Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, menghadiri resepsi sempena sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi ke-96 di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, malam tadi.
Beliau menghadiri resepsi berkenaan atas jemputan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, His Excellency Osamah Dakhel R Alahmadi. Turut dijemput menghadiri resepsi itu ialah Sahibus Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim.
Resepsi berkenaan diadakan bagi memperingati Hari Kebangsaan Kerajaan Arab Saudi, di samping mengeratkan hubungan diplomatik dan silaturahim antara Malaysia dengan Arab Saudi.
Kehadiran kedua-dua tokoh agama itumencerminkan hubungan baik serta jalinan kerjasama yang terjalin antara Malaysia dengan Arab Saudi, khususnya dalam bidang keagamaan.
Resepsi itu turut dihadiri wakil kerajaan, institusi berkaitan serta tetamu jemputan daripada pelbagai latar belakang.







