Islam Mengajar Umatnya Mencintai Negara

Islam Mengajar Umatnya Mencintai Negara

KANGAR, 18 Sept — Jabatan Mufti Negeri Perlis (JMNPs) menerusi khutbah Jumaat hari ini bertajuk "Islam Mengajar Umatnya Mencintai Negara" mengajak umat Islam memahami bahawa kecintaan kepada tanah air adalah fitrah manusia yang perlu dipandu oleh syariat Islam.

Khutbah menjelaskan kecintaan terhadap negara tidak bercanggah dengan ajaran Islam, sebagaimana Rasulullah SAW sendiri menzahirkan kecintaan Baginda terhadap Makkah al-Mukarramah dan Madinah. Namun, kecintaan itu perlu sentiasa berada dalam kerangka ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, serta diterjemahkan melalui amalan yang diredhai-Nya.

Lima bentuk kecintaan kepada negara ditekankan iaitu menghargai tanah air, mensyukuri nikmat keamanan, menunaikan amanah, mendidik generasi muda dengan ajaran Islam, serta memelihara kemudahan awam dan alam sekitar. Khutbah turut mengingatkan bahawa rasuah, pecah amanah dan penyelewengan harta awam adalah bentuk pengkhianatan yang boleh merugikan rakyat dan merosakkan negara.

Golongan muda turut disentuh sebagai pewaris masa hadapan negara yang perlu dididik dengan iman, akhlak dan ilmu agama, manakala kemudahan awam seperti jalan raya, masjid, sekolah dan taman perlu dijaga sebagai sebahagian daripada kecintaan kepada negara.

Khutbah menegaskan, kecintaan kepada negara perlu dibuktikan melalui amal perbuatan yang memberi manfaat kepada agama, masyarakat dan negara, bukan sekadar kata-kata atau semangat semata-mata.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 812
Semalam 1794
Minggu Ini 8737
Bulan Ini 37422

Keseluruhan 3934132

   Masa Capaian : 1.01 saat    Kemaskini :  18/9/2026