Zikrullah Menghidupkan Hati, Membimbing Kehidupan Muslim

Zikrullah Menghidupkan Hati, Membimbing Kehidupan Muslim

KANGAR, 11 September 2026 – Jabatan Mufti Negeri Perlis menerusi khutbah Jumaat minggu ini menyeru umat Islam agar memperbanyakkan zikrullah serta menjadikannya sebagai amalan yang sentiasa menghiasi kehidupan seharian.

Khutbah bertajuk “Kelebihan Zikrullah dan Cara-Caranya” menjelaskan bahawa zikrullah bukan sekadar lafaz yang diucapkan oleh lidah, bahkan perlu disertai penghayatan jantung hati sebagai tanda menyucikan, mengagungkan, memuji dan mentauhidkan Allah SWT serta mendekatkan diri kepada-Nya.

Khutbah turut menekankan keutamaan zikrullah berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan bahawa zikrullah merupakan antara amalan yang paling baik, paling suci di sisi Allah SWT dan paling tinggi darjatnya. Umat Islam juga diingatkan supaya menjadikan zikir sebagai sebahagian daripada kehidupan, bukan hanya pada waktu tertentu, sebaliknya diamalkan pada waktu pagi, petang dan dalam pelbagai keadaan yang dibenarkan syarak.

Antara bentuk zikir yang diajarkan melalui sunnah Rasulullah SAW ialah berzikir selepas solat fardu, mengamalkan zikir pada waktu pagi dan petang, memperbanyakkan kalimah-kalimah yang dicintai Allah SWT seperti Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah dan Allahu Akbar, serta menghitung bilangan zikir menggunakan jari-jari.

Khutbah turut mengingatkan bahawa zikrullah menghidupkan jantung hati, manakala meninggalkannya boleh menyebabkan hati menjadi lalai. Justeru, umat Islam diseru agar sentiasa mengingati Allah SWT ketika berada di masjid, di rumah, ketika bekerja, memandu, menghadapi ujian mahupun menerima nikmat supaya kehidupan sentiasa dihiasi zikrullah dan berada dalam petunjuk serta keredaan Allah SWT.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1778
Semalam 2046
Minggu Ini 10074
Bulan Ini 24033

Keseluruhan 3920743

   Masa Capaian : 1.06 saat    Kemaskini :  11/9/2026