Kunjungan Hormat Perkukuh Hubungan Keilmuan Perlis–Arab Saudi

Kunjungan Hormat Perkukuh Hubungan Keilmuan Perlis–Arab Saudi

KUALA LUMPUR, 10 September 2026 – Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis hari telah mengadakan kunjungan hormat kepada Duta Besar Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia, TYT Osamah bin Dakhel R. Al-Ahmadi, di Kuala Lumpur.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan antara Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dengan Kedutaan Kerajaan Arab Saudi, khususnya dalam bidang kefatwaan dan keilmuan Islam.

Pertemuan itu turut membuka ruang untuk memperluas kerjasama menerusi program Safar Ilmi, khususnya dengan institusi fatwa dan institusi ilmiah di Kerajaan Arab Saudi.

Melalui kerjasama tersebut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berhasrat memperluas jaringan keilmuan dengan institusi-institusi berkaitan di Arab Saudi, termasuk melalui perkongsian kepakaran, pertukaran pandangan serta pengembangan ilmu dalam bidang kefatwaan dan pengajian Islam.

Hubungan yang lebih erat antara institusi fatwa dan ilmiah kedua-dua negara juga dilihat penting dalam memperkukuh tradisi keilmuan serta memperkaya pengalaman dan perspektif dalam menangani persoalan semasa yang berkaitan dengan umat Islam.

Kunjungan hormat ini menjadi antara usaha berterusan Jabatan Mufti Negeri Perlis dalam membina jaringan kerjasama keilmuan di peringkat antarabangsa.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1782
Semalam 2046
Minggu Ini 10078
Bulan Ini 24037

Keseluruhan 3920747

   Masa Capaian : 0.91 saat    Kemaskini :  11/9/2026