Jabatan Mufti Negeri Perlis Menyeru Umat Islam Menghayati Erti Kemerdekaan Yang Sebenar

Jabatan Mufti  Negeri Perlis Menyeru Umat Islam Menghayati Erti Kemerdekaan Yang Sebenar

KANGAR, 28 OGOS – Jabatan Mufti Negeri Perlis (JMNPs) menyeru umat Islam menghayati erti kemerdekaan yang sebenar bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang menjelang pada 31 Ogos ini.

Dalam khutbah Jumaat bertajuk "Kemerdekaan Yang Hakiki". Khutbah menegaskan bahawa kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal dan politik, sebaliknya turut merangkumi kebebasan diri daripada perhambaan kepada hawa nafsu, tipu daya syaitan serta segala bentuk kesyirikan.

Khutbah tersebut turut menggariskan lima aspek kemerdekaan hakiki menurut Islam iaitu merdeka daripada syirik, merdeka daripada hawa nafsu yang jahat, merdeka daripada rasa takut kepada selain Allah, merdeka daripada menjadi hamba dunia, serta merdeka dengan berpegang teguh kepada kebenaran.

Khutbah turut mengingatkan orang ramai agar tidak lupa bersyukur atas nikmat keamanan yang dikecapi selama ini, sambil menyeru umat Islam mendoakan saudara seagama yang masih ditindas termasuk di Palestin.

Dalam khutbah kedua, JMNP turut mengingatkan umat Islam agar tidak berputus asa atau memohon kematian walaupun ditimpa sakit yang berpanjangan, sebaliknya menyerahkan urusan hidup dan mati kepada ketentuan Allah SWT. Umat Islam turut dianjurkan memperbanyak selawat ke atas Rasulullah SAW sepertimana yang dituntut dalam Surah Al-Ahzab.

Sehubungan itu, Jabatan Mufti Negeri Perlis menggesa masyarakat memanfaatkan sambutan kemerdekaan tahun ini untuk memperkukuh perpaduan, ketaatan kepada Allah SWT serta kesetiaan kepada negara dan raja.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 908
Semalam 1996
Minggu Ini 11428
Bulan Ini 63581

Keseluruhan 3892235

   Masa Capaian : 0.99 saat    Kemaskini :  28/8/2026