Mufti Perlis Terima “Lifetime Achievement Award in Islamic Thoughts, Leadership and Civilisation”

Mufti Perlis Terima “Lifetime Achievement Award in Islamic Thoughts, Leadership and Civilisation”

KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2026 – Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, menerima pengiktirafan berprestij “Lifetime Achievement Award in Islamic Thoughts, Leadership and Civilisation” sempena World Islamic Tourism & Trade Award (WITA) 2026.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis, Dato' Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Raja Syed Putra Jamalullail (Tengku Temenggong Perlis) sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan kepimpinan beliau dalam bidang pemikiran Islam, kepimpinan dan pembangunan tamadun.

Majlis penyampaian anugerah berlangsung pada 24 Ogos 2026 (Isnin) bertempat di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Pengiktirafan ini mencerminkan penghargaan terhadap komitmen berterusan Sahibus Samahah dalam memperkukuh kefahaman Islam berteraskan ilmu serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan ummah.

Seluruh warga Jabatan Mufti Negeri Perlis merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atas penerimaan anugerah berprestij tersebut. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkasa dakwah, pemikiran Islam dan kepimpinan yang memberi manfaat kepada umat dan masyarakat.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 939
Semalam 2159
Minggu Ini 5304
Bulan Ini 57457

Keseluruhan 3886111

   Masa Capaian : 0.98 saat    Kemaskini :  26/8/2026