FAQ Hubungi Maklumbalas Peta Laman

Jabatan Mufti Negeri Perlis Menerima Kunjungan Hormat Profesor Raihan Ismail

Jabatan Mufti Negeri Perlis Menerima Kunjungan Hormat Profesor Raihan Ismail

BUKIT KETERI, 18 Ogos – Jabatan Mufti Negeri Perlis hari ini menerima kunjungan hormat daripada Profesor Raihan Ismail, Professor of Contemporary Islamic Studies, St Antony’s College, University of Oxford.

Kunjungan hormat yang berlangsung di Teduhan Doa, Bukit Keteri, Perlis itu disambut oleh Sahibus Samahah Profesor Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin bersama pegawai-pegawai Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut berkesempatan bertukar pandangan mengenai pelbagai isu berkaitan Islam dan masyarakat, di samping berkongsi pengalaman.

Jabatan Mufti Negeri Perlis merakamkan penghargaan atas kesudian Profesor Raihan Ismail mengadakan kunjungan hormat tersebut dan berharap hubungan yang terjalin dapat terus diperkukuh pada masa akan datang.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 219
Semalam 2099
Minggu Ini 4684
Bulan Ini 6878

Keseluruhan 4030086

   Masa Capaian : 1.14 saat    Kemaskini :  03/11/2026