Masjid Bukan Sekadar Tempat Solat, Pusat Pembinaan Ummah

Masjid Bukan Sekadar Tempat Solat, Pusat Pembinaan Ummah

PERLIS, 14 Ogos – Jabatan Mufti Negeri Perlis menerusi Khutbah Jumaat bertajuk “Masjid Bukan Sekadar Tempat Solat” menyeru umat Islam supaya mengimarahkan masjid sebagai pusat ibadah, ilmu, persaudaraan dan pembinaan generasi.

Khutbah menegaskan bahawa masjid bukan sekadar tempat menunaikan solat, sebaliknya perlu dihidupkan dengan solat berjemaah lima waktu, pengajian agama, al-Quran serta aktiviti yang mengeratkan ukhuwah masyarakat.

Masyarakat turut diseru memperkenalkan masjid kepada anak-anak sejak kecil dengan penuh kasih sayang dan bimbingan agar mereka mencintai masjid serta membesar dalam suasana kehidupan beragama.

Selain itu, khutbah mengingatkan jemaah supaya menjaga adab ketika berada di masjid dengan memelihara ketenangan, merendahkan suara dan tidak mengganggu jemaah lain yang sedang beribadah.

Justeru, umat Islam diseru agar tidak hanya hadir ke masjid pada hari Jumaat, sebaliknya menjadikan masjid sebahagian daripada kehidupan harian sebagai tempat mendekatkan diri kepada Allah SWT, menuntut ilmu dan memperkukuh ukhuwah sesama masyarakat.

Selain itu, khutbah turut menasihati jemaah agar menjaga adab ketika berada di masjid dengan tidak membuat bising, sehingga mengganggu jemaah lain yang sedang beribadah. Jemaah juga diingatkan supaya memelihara ketenangan dan merendahkan suara ketika berada di masjid.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 106
Semalam 2254
Minggu Ini 11610
Bulan Ini 31215

Keseluruhan 3859869

   Masa Capaian : 1.10 saat    Kemaskini :  14/8/2026