Kunjungan Hormat Al Aafiyah Group Ke Atas Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis

Kunjungan Hormat Al Aafiyah Group Ke  Atas Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis

BUKIT KETERI, 4 Ogos – Jabatan Mufti Negeri Perlis hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Al Aafiyah Group yang diketuai oleh Group Managing Director, Dr. Siti Fatimah Zaharah Zulkapli, ke atas Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis di Kediaman Mufti, Teduhan Doa, Bukit Keteri.

Turut hadir dalam delegasi tersebut ialah Executive Chairman Al Aafiyah Group, Dato' Shahfie Ahmad serta Business Executive, Puan Aznie Azmelya.

Kunjungan yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh muhibah ini bertujuan mengeratkan hubungan antara Al Aafiyah Group dengan Jabatan Mufti Negeri Perlis, di samping bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara yang berkaitan

Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis merakamkan penghargaan atas kesudian delegasi Al Aafiyah Group mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Mufti Negeri Perlis, serta berharap hubungan yang terjalin ini akan membuka ruang kepada pelaksanaan pelbagai program dan kerjasama yang bermanfaat pada masa hadapan.

Kunjungan tersebut diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, diikuti sesi bergambar bersama.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 239
Semalam 2191
Minggu Ini 4802
Bulan Ini 8663

Keseluruhan 3837317

   Masa Capaian : 1.10 saat    Kemaskini :  04/8/2026