Kursus Pengurusan Kewangan Perkukuh Kefahaman Warga Jabatan Mufti Negeri Perlis

Kursus Pengurusan Kewangan Perkukuh Kefahaman Warga Jabatan Mufti Negeri Perlis

BERTAM, 2 Ogos – Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan yang menghimpunkan semua pegawai dan kakitangan jabatan bagi memperkukuh kefahaman mengenai pengurusan kewangan, tadbir urus serta pematuhan terhadap peraturan dan prosedur kerja. Program berlangsung selama tiga hari bermula 31 Julai hingga 2 Ogos 2026 di Bertam Resort, Pulau Pinang.

Kursus itu memberi pendedahan menyeluruh mengenai aspek pengurusan kewangan kerajaan, meliputi pengurusan elaun dan kemudahan sektor awam, tatacara perolehan kerajaan, isu-isu berkaitan pengurusan kewangan serta penemuan naziran dan audit. Peserta turut mengikuti sesi soal jawab, kuiz dan latihan dalam kumpulan (LDK) bagi meningkatkan kefahaman serta keupayaan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam pelaksanaan tugas harian. Pengisian berkaitan pengurusan kewangan telah dikendalikan oleh Encik Mohd Aswad bin Abdul Razak dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis yang berkongsi pengalaman serta panduan berkaitan pengurusan kewangan dan perolehan mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

Selain itu, kursus turut mengetengahkan sesi Pengurusan AI di Jabatan Mufti Negeri Perlis yang memberi pendedahan mengenai penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai medium meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan produktiviti organisasi. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Encik Noreriffin bin Norazaman dari SMK Tuanku Lailatul Shahreen yang berkongsi aplikasi AI dalam membantu meningkatkan kecekapan tugas serta menyokong transformasi digital jabatan.

Kursus ini turut menampilkan dengan slot Penerangan Asas Ilmu Falak yang dikendalikan oleh Encik Mohd Jais Anuar bin Ahmad dari Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Di samping pengisian profesional, program turut diserikan dengan aktiviti kerohanian melalui solat berjemaah dan tazkirah serta aktiviti riadah yang bertujuan memupuk ukhuwah, semangat berpasukan dan kesejahteraan dalam kalangan warga jabatan.

Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Sahibus Fadhilah Ustaz Haji Tajul Urus bin Abdul Halim, Timbalan Mufti Negeri Perlis.Majlis penutup turut dihadiri oleh Sahibus Samahah Profesor Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, yang menzahirkan sokongan terhadap usaha berterusan jabatan dalam memperkasakan kompetensi warga kerja melalui latihan dan pembangunan profesional demi memperkukuh kecemerlangan organisasi.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 380
Semalam 2372
Minggu Ini 2752
Bulan Ini 6613

Keseluruhan 3835267

   Masa Capaian : 1.30 saat    Kemaskini :  03/8/2026