Khutbah Jumaat Perlis Seru Umat Islam Waspada Jenayah Scammer

Khutbah Jumaat Perlis Seru Umat Islam Waspada Jenayah Scammer

KANGAR, 31 Julai – Umat Islam diseru supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai helah sindiket penipuan atau scammer yang semakin canggih sehingga mengakibatkan ramai mangsa kehilangan wang dan harta.

Menerusi khutbah Jumaat bertajuk "Jangan Sampai Ditipu Oleh Scammer", Jabatan Mufti Perlis menegaskan bahawa Islam mengharamkan segala bentuk pengambilan harta secara batil termasuk melalui penipuan, penyamaran identiti dan pemalsuan.

Khutbah turut menggariskan beberapa panduan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scammer, antaranya menyemak kesahihan maklumat, tidak mudah percaya dengan tawaran yang terlalu lumayan, menjaga kerahsiaan maklumat peribadi dan kewangan serta tidak terburu-buru membuat keputusan dalam urusan melibatkan wang.

Umat Islam juga diingatkan supaya mengamalkan sikap tabayyun, sentiasa berfikiran matang dan saling mengingatkan antara satu sama lain agar harta, maruah serta keselamatan diri sentiasa terpelihara daripada jenayah penipuan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 325
Semalam 2415
Minggu Ini 10232
Bulan Ini 325

Keseluruhan 3828979

   Masa Capaian : 1.03 saat    Kemaskini :  31/7/2026