Kunjungan Hormat Hal-Ehwal Islam Maybank Ke Atas Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis

Kunjungan Hormat Hal-Ehwal Islam Maybank Ke Atas Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis

Bukit Keteri, 24 Julai – Jabatan Mufti Negeri Perlis menerima kunjungan hormat daripada delegasi Hal-Ehwal Islam Maybank (HEIM) yang diketuai oleh Encik Muhammad Airil Rizman bin Izhar ke atas Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis di Teduhan Doa, Bukit Keteri, hari ini.

Delegasi tersebut telah disambut oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis bersama pegawai-pegawai Bahagian Fatwa serta kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Kunjungan hormat ini bertujuan mengukuhkan hubungan strategik antara Hal-Ehwal Islam Maybank (HEIM) dan Jabatan Mufti Negeri Perlis, di samping membincangkan potensi kerjasama dalam pelaksanaan pelbagai program dakwah dan pengukuhan kefahaman Islam.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai usaha memperluaskan jaringan kerjasama yang mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui aktiviti dakwah yang lebih tersusun, berkesan dan berimpak.

Jabatan Mufti Negeri Perlis menyambut baik hasrat Hal-Ehwal Islam Maybank untuk menjalin kerjasama strategik dan berharap hubungan yang terjalin ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program-program yang memberi manfaat kepada masyarakat serta memperkukuh syiar Islam.

Sebagai tanda penghargaan telah diadakan penyampaian cenderahati antara pihak Hal-Ehwal Islam Maybank (HEIM) dan Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis, diikuti dengan sesi bergambar sebagai kenangan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 396
Semalam 2157
Minggu Ini 12369
Bulan Ini 71209

Keseluruhan 3814838

   Masa Capaian : 1.02 saat    Kemaskini :  24/7/2026