Bicara Khas: SS Mufti Perlis Tekankan Kepentingan Adab, Kupas Isu Semasa Bersama Hadirin

Bicara Khas: SS Mufti Perlis Tekankan Kepentingan Adab, Kupas Isu Semasa Bersama Hadirin

KUALA LUMPUR, 4 Julai - SS Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberikan kupasan mendalam mengenai kepentingan memelihara adab dalam kehidupan seharian dalam slot Bicara Khas yang berlangsung di Matrade Hall, Aras 3, Menara Matrade, hari ini.

Dalam sesi yang berlangsung selama dua jam setengah itu, Mufti Negeri Perlis tersebut menekankan bahawa ketinggian adab merupakan cerminan kepada keperibadian mukmin yang sejati, di samping menyentuh pelbagai isu semasa yang menuntut kefahaman agama yang jitu dalam kalangan masyarakat moden.

Keunikan program anjuran Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia ini diserikan lagi dengan sesi soal jawab yang berlangsung secara terbuka. Sesi tersebut memberi peluang kepada para hadirin untuk berinteraksi secara terus bersama beliau bagi mendapatkan penjelasan serta pandangan penceramah berhubung persoalan agama yang dikemukakan.

Penyampaian beliau yang bersahaja namun sarat dengan hujah ilmiah nyata menarik perhatian para hadirin yang membanjiri ruang dewan sejak awal pagi. Program yang berakhir pada 12.30 tengah hari itu diakhiri dengan maklum balas positif daripada hadirin yang nyata menghargai ruang diskusi ilmu yang cukup bermakna ini.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 468
Semalam 3988
Minggu Ini 8031
Bulan Ini 23477

Keseluruhan 3767106

   Masa Capaian : 1.01 saat    Kemaskini :  07/7/2026