Khutbah Jumaat Tekankan Keluarga Sebagai Amanah dan Ujian Umat Islam

Khutbah Jumaat Tekankan Keluarga Sebagai Amanah dan Ujian Umat Islam

Kangar, 19 Jun 2026 – Jabatan Mufti Perlis menerusi khutbah Jumaat bertajuk “Keluarga: Antara Amanah dan Ujian” mengingatkan umat Islam bahawa keluarga merupakan nikmat, amanah dan ujian yang perlu dipelihara berlandaskan keimanan serta ketaatan kepada Allah SWT.

Khutbah menegaskan bahawa kebahagiaan keluarga tidak bergantung kepada harta atau kedudukan, sebaliknya dibina melalui ilmu agama, akidah yang kukuh, ibadah dan akhlak mulia. Umat Islam turut diingatkan bahawa pasangan, anak-anak dan harta merupakan ujian yang menuntut kesabaran serta keteguhan iman.

Bagi membentuk keluarga yang diberkati, khutbah jumaat  menyarankan agar umat Islam mengutamakan ilmu agama, memperkukuhkan akidah dan tauhid, membiasakan ahli keluarga menunaikan solat, mengamalkan budaya saling menasihati ke arah kebaikan serta membentuk akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian.

Dalam menghadapi cabaran semasa seperti keruntuhan akhlak, pengaruh media sosial dan pengabaian pendidikan agama, keluarga diseru menjadikan Islam sebagai panduan hidup bagi melahirkan generasi soleh serta mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 142
Semalam 6003
Minggu Ini 20805
Bulan Ini 45134

Keseluruhan 3712557

   Masa Capaian : 1.02 saat    Kemaskini :  19/6/2026