Ketua Kepakaran Periodontik KKM Adakan Kunjungan Hormat Ke Kediaman Mufti Negeri Perlis

Ketua Kepakaran Periodontik KKM Adakan Kunjungan Hormat Ke Kediaman Mufti Negeri Perlis

BUKIT KETERI, 16 Jun – Ketua Kepakaran Periodontik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr. Hajah Rasidah binti Ayob, telah mengadakan kunjungan hormat ke Kediaman Mufti Negeri Perlis di sini hari ini.

Delegasi berkenaan telah disambut oleh Sahibus Samahah Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis serta pegawai Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Kunjungan tersebut diadakan sempena Lawatan Pemantauan dan Pencapaian Unit Kepakaran Periodontik di Negeri Perlis, selain bertujuan mengeratkan hubungan profesional antara institusi kefatwaan dan sektor kesihatan.

Dalam sesi perbincangan yang berlangsung, pelbagai persoalan hukum berkaitan perubatan dan kesihatan telah dibincangkan, termasuk isu-isu semasa yang memerlukan panduan syariah dalam pelaksanaan rawatan serta amalan perubatan.

Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis turut berkongsi pandangan mengenai prinsip-prinsip syariah dalam menangani isu-isu perubatan kontemporari, di samping menekankan kepentingan kerjasama berterusan antara ulama dan pakar perubatan demi kemaslahatan masyarakat.

Pertemuan tersebut diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak serta menyumbang kepada pemahaman yang lebih menyeluruh mengenai hubungan antara syariah dan bidang kesihatan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 942
Semalam 3419
Minggu Ini 6133
Bulan Ini 30462

Keseluruhan 3697885

   Masa Capaian : 1.06 saat    Kemaskini :  16/6/2026