Rombongan Singapura Hadiri Sesi Dialog Bersama Mufti Negeri Perlis
Bukit Keteri, 14 Jun – Seramai 78 peserta yang terdiri daripada 72 peserta dari Singapura dan enam kakitangan Morza Travel Malaysia menghadiri sesi kunjung hormat dan dialog bersama Mufti Negeri Perlis, Prof. Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin di kediaman rasmi beliau di sini hari ini.
Program yang bermula pada jam 5 petang itu dianjurkan oleh Morza Travel Sdn. Bhd. sebagai platform perkongsian ilmu dan pertukaran pandangan mengenai pelbagai isu semasa berkaitan agama serta kehidupan masyarakat Islam.
Sesi dialog yang berlangsung dalam suasana mesra dan ilmiah itu memberi peluang kepada para peserta mendapatkan penjelasan dan pandangan secara langsung daripada Mufti Negeri Perlis mengenai pelbagai isu yang dihadapi umat Islam pada masa kini.
Selain mengemukakan soalan berkaitan kefahaman agama dan cabaran semasa, para peserta turut bertukar pandangan mengenai peranan umat Islam dalam mendepani perkembangan masyarakat yang semakin dinamik.
Turut hadir dalam program tersebut beberapa pegawai Jabatan Mufti Negeri Perlis.
Program berkenaan diharapkan dapat memperkukuh hubungan silaturahim serta meningkatkan kefahaman peserta terhadap pelbagai isu agama melalui pendekatan dialog dan perkongsian ilmu yang terbuka.







