Pengurusan Pesantren BeQuranic Bengkalis Adakan Kunjungan Hormat Ke Kediaman Mufti Negeri Perlis

Pengurusan Pesantren BeQuranic Bengkalis Adakan Kunjungan Hormat Ke Kediaman Mufti Negeri Perlis

Bukit Keteri, 14 Jun – Pengurusan tertinggi Pesantren BeQuranic Bengkalis, Riau, Indonesia mengadakan kunjungan hormat ke kediaman Mufti Negeri Perlis, Prof. Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin di sini hari ini.

Delegasi yang diketuai oleh Mudir Pesantren BeQuranic Bengkalis itu hadir bagi mengeratkan hubungan serta memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pendidikan Islam di Riau dan Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Dalam pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh ukhuwah, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai perkembangan pendidikan Islam, pengurusan institusi tahfiz dan pesantren serta cabaran dakwah semasa.

Delegasi turut mengambil kesempatan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Mufti Negeri Perlis berkaitan pendekatan dakwah dan pembangunan masyarakat berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

Prof. Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri turut menyambut baik usaha memperkukuhkan hubungan antara institusi pendidikan Islam serantau serta berharap lebih banyak kerjasama dapat dilaksanakan pada masa hadapan.

Kunjungan tersebut diharap dapat membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat dalam bidang pendidikan, dakwah dan pembangunan ummah antara kedua-dua institusi.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 174
Semalam 1772
Minggu Ini 1946
Bulan Ini 26275

Keseluruhan 3693698

   Masa Capaian : 0.96 saat    Kemaskini :  15/6/2026