Jabatan Mufti Negeri Perlis Terima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan

Jabatan Mufti Negeri Perlis Terima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan

PUTRAJAYA, 8 Jun – Jabatan Mufti Negeri Perlis (JMNPs) menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2025 (Lima Bintang – Cemerlang) sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan pengurusan keselamatan perlindungan jabatan.

Anugerah yang disampaikan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri itu mengiktiraf tahap tadbir urus keselamatan perlindungan yang cemerlang dalam kalangan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Pengiktirafan tersebut mencerminkan komitmen berterusan JMNPs dalam memastikan pengurusan aset, dokumen rasmi serta maklumat kerajaan dilaksanakan mengikut dasar dan prosedur keselamatan yang ditetapkan.

Sahibul Fadilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim, Timbalan Mufti Negeri Perlis, menerima anugerah tersebut bagi mewakili jabatan dalam majlis yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar di Dewan Damar Sari, Kompleks F, Putrajaya.

Pencapaian itu diharap menjadi pemangkin kepada usaha berterusan JMNPs dalam memperkukuh budaya keselamatan perlindungan serta mengekalkan penyampaian perkhidmatan yang berintegriti, selamat dan diyakini masyarakat.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 128
Semalam 1519
Minggu Ini 4986
Bulan Ini 17063

Keseluruhan 3684486

   Masa Capaian : 0.98 saat    Kemaskini :  10/6/2026