Forum Khas Kelebihan Zulhijjah Kupas Amalan dan Fadhilat 10 Hari Terawal Zulhijjah

Forum Khas Kelebihan Zulhijjah Kupas Amalan dan Fadhilat 10 Hari Terawal Zulhijjah

KANGAR, 15 Mei 2026 – Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Masjid Alwi Kangar hari ini menganjurkan Forum Khas Kelebihan Zulhijjah bertempat di Masjid Alwi, Kangar.

Program yang berlangsung bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi itu mengupas kelebihan bulan Zulhijjah serta amalan-amalan yang dianjurkan sepanjang 10 hari terawal bulan tersebut.

Forum berkenaan menampilkan tiga ahli panel iaitu Dr. Muhammad Luthfi bin Mohammad Masruh, Prof. Madya Dr. Abdul Basir bin Awang dan Ustaz Ahmad Sirajudin bin Abdul Satar, manakala sesi forum dikendalikan oleh moderator, Ustaz Luqmanul Hakim bin Muhammad Jamil.

Antara pengisian yang dibincangkan termasuk kelebihan ibadah pada hari-hari awal Zulhijjah, kepentingan memperbanyakkan amal soleh, zikir serta persediaan rohani dalam menghadapi Hari Raya Aidiladha.

Program tersebut turut mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat yang hadir seawal pagi bagi mengikuti kupasan ilmiah secara langsung daripada para panel jemputan.

Penganjuran forum seumpama ini dilihat selari dengan usaha berterusan Jabatan Mufti Negeri Perlis dalam memperkasakan kefahaman masyarakat terhadap sunnah dan penghayatan Islam berteraskan ilmu serta hikmah.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1687
Semalam 2136
Minggu Ini 11162
Bulan Ini 21905

Keseluruhan 3631945

   Masa Capaian : 1.04 saat    Kemaskini :  15/5/2026