Kuliah Bulughul Maram Siri 300 dan Majlis Apresiasi Petugas PS11 Berlangsung Meriah

Kuliah Bulughul Maram Siri 300 dan Majlis Apresiasi Petugas PS11 Berlangsung Meriah

KANGAR, 14 Mei – Program Kuliah Mingguan Kitab Bulughul Maram Siri Ke-300 yang berlangsung di Masjid Alwi, di sini malam tadi, diserikan dengan jamuan sempena Majlis Apresiasi Petugas

Program anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis itu menghimpunkan para petugas, sukarelawan serta masyarakat setempat dalam suasana penuh ukhuwah dan penghargaan atas komitmen menjayakan program Perkampungan Sunnah Siri Ke-11 yang telah berlangsung pada 24 hingga 26 April lalu di Masjid Alwi, Kangar.

Kuliah mingguan yang memasuki siri ke-300 itu menjadi antara pengisian ilmu berterusan yang mendapat sambutan baik daripada masyarakat di negeri ini, khususnya pencinta majlis ilmu dan pengajian kitab turath.

Majlis turut diadakan sebagai tanda penghargaan kepada seluruh petugas yang telah bertungkus-lumus menjayakan , termasuk urus setia, sukarelawan, agensi terlibat serta pihak yang memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Semoga urusan dakwah ini berterusan dan diberkati.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1686
Semalam 2136
Minggu Ini 11161
Bulan Ini 21904

Keseluruhan 3631944

   Masa Capaian : 1.00 saat    Kemaskini :  15/5/2026