Perkampungan Sunnah Siri 11 Berakhir Dengan Sambutan Yang Menggalakkan

Perkampungan Sunnah Siri 11 Berakhir Dengan Sambutan Yang Menggalakkan

KANGAR, 26 April — Perkampungan Sunnah Siri 11/2026 yang berlangsung selama tiga hari di Masjid Alwi, di sini, melabuhkan tirainya hari ini dengan sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat dan luar Perlis.

Program anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama pelbagai agensi itu berjaya menghimpunkan puluhan penceramah dari dalam dan luar negara serta menawarkan pelbagai pengisian ilmiah merangkumi ceramah umum, forum perdana, bicara santai dan aktiviti kemasyarakatan.

Penganjuran program bertemakan “Zikrullah: Menghidupkan Sunnah, Mendapatkan Fadhilah” itu dilihat berjaya menjadi platform mendekatkan masyarakat kepada penghayatan sunnah melalui pendekatan yang lebih segar, tersusun dan menyeluruh.

Sepanjang program berlangsung dari 24 hingga 26 April, kehadiran peserta yang konsisten serta penglibatan aktif sukarelawan mencerminkan komitmen tinggi masyarakat terhadap usaha memperkasa kefahaman Islam berasaskan ilmu dan amalan.

Jabatan Mufti Negeri Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran Perkampungan Sunnah Siri 11, termasuk Kerajaan Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), agensi-agensi kerajaan, rakan strategik, para penaja, sukarelawan serta seluruh peserta yang hadir.

Penghargaan khusus turut diberikan kepada pihak urus setia yang telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang perancangan dan pelaksanaan program, termasuk memastikan kelancaran setiap pengisian serta pengurusan teknikal dan logistik.

Selain itu, pihak Jabatan Mufti Negeri Perlis turut merakamkan penghargaan kepada pihak Masjid Alwi atas kerjasama erat dan kesediaan menyediakan kemudahan serta sokongan sepanjang penganjuran program ini berlangsung dengan lancar.

Penghargaan turut dizahirkan kepada para asatizah dan penceramah yang telah menyumbang ilmu serta berkongsi pandangan sepanjang program berlangsung.

Komitmen dan kerjasama semua pihak ini amat bermakna dalam memastikan kelancaran program serta kejayaan menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat secara berkesan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 938
Semalam 1210
Minggu Ini 4554
Bulan Ini 38246

Keseluruhan 3609814

   Masa Capaian : 1.31 saat    Kemaskini :  30/4/2026