Editor Maktabah
Jumlah paparan: 11
Menteri Pendidikan Tinggi Kupas “Zikrullah Dalam Pendidikan” di Perkampungan Sunnah
Editor Maktabah
Jumlah paparan: 11
Editor Maktabah
Jumlah paparan: 11
KANGAR, 24 April — Menteri Pendidikan Tinggi, YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, menghadiri Perkampungan Sunnah Siri 11/2026 yang berlangsung di Masjid Alwi, di sini, hari ini.
Kehadiran beliau menyerlahkan sokongan berterusan kerajaan terhadap penganjuran program berteraskan ilmu dan penghayatan sunnah, khususnya dalam memperkukuh hubungan antara bidang pendidikan tinggi dan nilai-nilai Islam.
Dalam kunjungan tersebut, beliau turut menyampaikan perkongsian ilmu menerusi slot Bicara Umum bertajuk “Zikrullah Dalam Pendidikan” yang menekankan kepentingan penghayatan zikir dalam membentuk sahsiah, keseimbangan emosi serta kecemerlangan intelektual dalam kalangan pelajar.
Perkongsian itu dilihat selari dengan usaha memperkasa pendidikan holistik yang bukan sahaja menumpukan aspek akademik, malah turut memberi penekanan kepada pembangunan rohani dan nilai insaniah.
Perkampungan Sunnah Siri 11 yang berlangsung dari 24 hingga 26 April 2026 menghimpunkan puluhan penceramah dari dalam dan luar negara serta pelbagai pengisian ilmiah yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat dan luar Perlis.







