Khutbah Jumaat Seru Umat Islam Hidupkan Zikrullah, Hayati Sunnah

Khutbah Jumaat Seru Umat Islam Hidupkan Zikrullah, Hayati Sunnah

KANGAR, 24 April — Jabatan Mufti Negeri Perlis hari ini mengeluarkan teks khutbah Jumaat bertajuk “Zikrullah: Menghidupkan Sunnah, Mendapatkan Fadhilah” yang menekankan kepentingan amalan mengingati Allah SWT sebagai asas pembentukan jiwa dan keimanan seorang Muslim. 

Khutbah tersebut menjelaskan bahawa zikrullah merangkumi segala bentuk ingatan kepada Allah sama ada melalui lisan, hati mahupun amalan anggota, termasuk tasbih, tahmid, takbir, doa serta bacaan al-Quran.

Menurut khutbah tersebut juga, zikrullah bukan sekadar amalan sampingan, bahkan merupakan tuntutan utama dalam kehidupan seorang mukmin yang berperanan menghidupkan hati, menenangkan jiwa serta menguatkan hubungan dengan Allah SWT.

“Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang dan kehidupan lebih terarah, manakala kelalaian terhadap zikrullah boleh menyebabkan hati menjadi keras dan jauh daripada petunjuk,” menurut kandungan khutbah berkenaan.

Khutbah turut menghuraikan beberapa kelebihan zikrullah berdasarkan dalil al-Quran dan hadis, antaranya mengangkat darjat seseorang di sisi Allah, membawa ketenangan jiwa, menjadi sebab pengampunan dosa serta berfungsi sebagai benteng daripada gangguan syaitan.

Selain itu, khutbah menegaskan bahawa solat merupakan antara bentuk zikrullah yang paling agung kerana menghimpunkan zikir lisan, hati dan anggota secara menyeluruh.

Dalam perkembangan berkaitan, Perkampungan Sunnah Siri 11/2026 kini sedang berlangsung di Masjid Alwi, Kangar bermula 24 hingga 26 April 2026, melibatkan pelbagai pengisian ilmiah dan aktiviti dakwah kepada masyarakat

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1228
Semalam 1344
Minggu Ini 6278
Bulan Ini 31328

Keseluruhan 3602896

   Masa Capaian : 1.39 saat    Kemaskini :  24/4/2026