Isu Zakat Harumanis Diperincikan dalam Program Penerangan Fatwa

Isu Zakat Harumanis Diperincikan dalam Program Penerangan Fatwa

KANGAR, 10 April — Isu taksiran zakat buah harumanis menjadi antara fokus dalam Program Penerangan Fatwa 2026 yang diadakan di Masjid Al-Arifin, Padang Katong, malam tadi.

Program anjuran Unit Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama pihak masjid itu menampilkan Dr Fathullah Mohd Asni, pensyarah Universiti Sains Malaysia merangkap Ahli Panel Syariah Negeri Perlis, sebagai penceramah.

Beliau menjelaskan kaedah penilaian zakat bagi hasil tanaman, khususnya harumanis yang merupakan antara komoditi utama negeri ini.

Menurutnya, penentuan kadar zakat perlu mengambil kira kos pengeluaran, hasil bersih serta kaedah pengairan yang digunakan oleh pengusaha bagi memastikan pelaksanaannya menepati hukum syarak.

Program yang diadakan selepas solat Maghrib itu turut disusuli sesi soal jawab, sekali gus memberi peluang kepada hadirin mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan isu zakat dan fatwa.

Penganjur berharap program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya golongan petani, dalam menunaikan zakat dengan betul.
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 105
Semalam 1154
Minggu Ini 7786
Bulan Ini 14646

Keseluruhan 3586214

   Masa Capaian : 1.04 saat    Kemaskini :  10/4/2026