Editor Maktabah
Jumlah paparan: 226
Rukyah Hilal Syawal Tentukan 1 Syawal 1447H Jatuh Pada 21 Mac 2026
Editor Maktabah
Jumlah paparan: 226
Editor Maktabah
Jumlah paparan: 226
Kuala Perlis, 19 Mac 2026 – Majlis Rukyah Hilal Syawal bagi menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri 1447H telah berlangsung di Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis, petang tadi.
Majlis yang diadakan pada 29 Ramadan 1447H itu telah diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Perlis.
Turut hadir, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis, YAB Menteri Besar Perlis, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) serta ketua-ketua jabatan negeri.
Cerapan hilal yang dijalankan pada jam 7.30 petang itu merupakan sebahagian daripada usaha rasmi dalam menentukan permulaan bulan Syawal berdasarkan kaedah rukyah dan hisab yang diguna pakai di Malaysia.
Hasil cerapan dan penilaian yang dibuat seterusnya telah membawa kepada penetapan bahawa 1 Syawal 1447H bagi Negeri Perlis jatuh pada hari Sabtu, 21 Mac 2026, sekali gus menandakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam.
Majlis rukyah ini turut melibatkan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Mufti Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dalam memastikan proses cerapan dilaksanakan secara teliti dan teratur.
Pelaksanaan rukyah hilal ini mencerminkan komitmen berterusan pihak berkuasa agama negeri dalam memastikan penentuan tarikh penting dalam Islam dibuat secara tepat.







