Editor Maktabah
Jumlah paparan: 65
Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Jabatan Mufti Negeri Perlis Eratkan Ukhwah
Editor Maktabah
Jumlah paparan: 65
Editor Maktabah
Jumlah paparan: 65
KANGAR, 12 Mac – Warga Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama yang berlangsung di perkarangan Masjid Alwi, Kangar, Perlis pada petang Khamis.
Majlis tersebut dihadiri oleh Mufti Negeri Perlis, SS. Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin serta Timbalan Mufti Negeri Perlis, SF. Tuan Haji Tajul Urus bin Abdul Halim bersama kakitangan jabatan.
Program ini merupakan salah satu agenda tahunan yang dianjurkan setiap kali tibanya bulan Ramadan sebagai usaha mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga jabatan.
Majlis dimulakan dengan sesi berbuka puasa dan hadirin bersama-sama menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Seterusnya, program diteruskan dengan solat Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah di Masjid Alwi.
Selain mengimarahkan rumah Allah, penganjuran majlis seperti ini turut memberi peluang kepada warga jabatan untuk berinteraksi dalam suasana santai serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dan ukhuwah sesama kakitangan.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform mempereratkan hubungan serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga Jabatan Mufti Negeri Perlis.







