Seminar Fiqh Iktikaf Anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis Beri Kefahaman Kepada Masyarakat

 Seminar Fiqh Iktikaf Anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis Beri Kefahaman Kepada Masyarakat

Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menganjurkan Seminar Fiqh Iktikaf bertempat di Masjid Alwi, Kangar hari ini sebagai usaha memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap amalan iktikaf khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Seminar yang berlangsung dari jam 8.15 pagi hingga 12.30 tengah hari itu menghimpunkan barisan ilmuan bagi membincangkan aspek hukum-hakam serta hikmah di sebalik amalan iktikaf yang merupakan antara ibadah yang sangat digalakkan dalam Islam.

Ucapatama seminar telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, menerusi tajuk “Keindahan Iktikaf: Pengasingan Diri, Penyucian Rohani”.

Dalam ucapannya, Dato' SS Mufti menyebut amalan iktikaf  memberi peluang kepada umat Islam untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah, khususnya pada hari-hari terakhir Ramadan yang amat digalakkan untuk memperbanyakkan amal.

Turut menyampaikan pembentangan dalam seminar tersebut ialah YBhg. Prof. Dr. Rozaimi Ramle, Naib Canselor  (UniSIRAJ) serta YBhg. Dr. Basri Ibrahim, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. Kedua-dua tokoh ini turut mengupas pelbagai persoalan berkaitan fiqh iktikaf serta panduan pelaksanaannya menurut syariat Islam.

Penganjuran seminar ini merupakan antara inisiatif Jabatan Mufti Negeri Perlis dalam memperkasa kefahaman masyarakat terhadap ibadah serta mengimarahkan institusi masjid melalui pengisian ilmu yang bermanfaat.

Program ini turut dibuka kepada orang ramai dan mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat yang hadir bagi menambah ilmu serta meningkatkan penghayatan ibadah sepanjang bulan Ramadan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 486
Semalam 3299
Minggu Ini 7211
Bulan Ini 32375

Keseluruhan 3642415

   Masa Capaian : 0.98 saat    Kemaskini :  19/5/2026