Editor Maktabah
Jumlah paparan: 81
Majlis Iftar Kerajaan Negeri Perlis Diserikan Tazkirah Ramadan Mufti Negeri
Editor Maktabah
Jumlah paparan: 81
Editor Maktabah
Jumlah paparan: 81
KANGAR, 4 Mac 2026 – Jabatan Mufti Negeri Perlis turut terlibat dalam Majlis Iftar Kerajaan Negeri Perlis yang berlangsung di Dewan Warisan, di sini, semalam.
Majlis ini diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail serta Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Majlis berkenaan turut menghimpunkan barisan kepimpinan negeri, penjawat awam serta jemputan khas dalam suasana penuh ukhuwah dan penghayatan Ramadan.
Dalam majlis tersebut, Sahibus Samahah Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, telah menyampaikan tazkirah Ramadan yang menyentuh kepentingan memperkukuh keimanan, memperbanyakkan amalan serta menjadikan bulan Ramadan sebagai medan memperbaiki diri dan mendekatkan hubungan dengan Allah SWT.
Beliau turut mengingatkan bahawa Ramadan merupakan peluang besar untuk umat Islam meningkatkan ketakwaan melalui ibadah, sedekah dan amal kebajikan, di samping memupuk nilai kesederhanaan serta keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.
Majlis iftar tersebut berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan menjadi wadah mempereratkan hubungan antara kepimpinan negeri, agensi kerajaan serta masyarakat dalam mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia.







