Editor Maktabah
Jumlah paparan: 94
Jemaah Meriahkan Jom Ramadan, Tunai Solat Sunat Gerhana di Masjid Alwi
Editor Maktabah
Jumlah paparan: 94
Editor Maktabah
Jumlah paparan: 94
KANGAR, 3 Mac Suasana di Masjid Alwi malam tadi dipenuhi jemaah yang hadir bagi menyertai program Jom Ramadan di Perlis. Program Jom Ramadan di Perlis tahun ini lebih meriah dengan pelaksanaan Solat Sunat Gerhana Bulan Penuh selepas solat fardu Maghrib sempena fenomena gerhana bulan.
Fenomena gerhana bulan yang berlaku malam tadi dimanfaatkan oleh para jemaah untuk menunaikan solat sunat secara berjemaah serta mendengar khutbah khas yang mengupas hikmah dan kebesaran Allah SWT melalui kejadian alam.
Selain itu, hadirin turut berpeluang menyaksikan sendiri fenomena tersebut menerusi peralatan cerapan yang disediakan di dataran masjid. Petugas yang bertugas turut memberikan penerangan berhubung proses gerhana serta aspek falak yang berkaitan.
Mufti Negeri Perlis dan Timbalan Mufti Negeri Perlis hadir memeriahkan program serta menyampaikan pengisian ilmiah kepada jemaah. Turut hadir Juruukur Daerah, Pejabat Ukur Daerah, Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Perlis.
Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah sebelum diteruskan dengan Solat Sunat Gerhana dan khutbah khas. Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan muda dan kanak-kanak mencerminkan sambutan menggalakkan terhadap program berbentuk ilmiah dan spiritual seperti ini.
Penganjuran program berkenaan bukan sahaja menyemarakkan suasana menjelang Ramadan, malah memperkukuh ukhuwah dalam kalangan masyarakat serta meningkatkan kesedaran tentang kebesaran Allah SWT melalui tanda-tanda kekuasaan-Nya.







