Editor Maktabah
Jumlah paparan: 125
Puasa Bukan Sekadar Tahan Lapar, Tetapi Menjana Takwa
Editor Maktabah
Jumlah paparan: 125
Editor Maktabah
Jumlah paparan: 125
KANGAR, 27 Februari 2026 – Khutbah Jumaat bertajuk “Puasa Menjana Takwa” menegaskan bahawa ibadah puasa bertujuan membentuk ketakwaan, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
Menurut khutbah tersebut, puasa adalah latihan rohani yang mendidik umat Islam agar sentiasa taat kepada Allah SWT, menjaga akhlak serta mengawal diri walaupun ketika bersendirian.
Puasa Bukan Sekadar menahan diri daripada makan dan minum. Antara penekanan utama ialah menjaga lidah daripada dusta dan kata-kata kotor, mengawal emosi serta mengelakkan pertengkaran.
Selain itu, umat Islam diseru memelihara pandangan terutama dalam era media sosial, serta mengisi Ramadan dengan amal soleh seperti membaca al-Quran, berzikir dan menunaikan solat Tarawih secara berjemaah.
Khutbah turut mengingatkan bahawa puasa yang tidak membawa perubahan akhlak dan peningkatan ketaatan hanya menghasilkan lapar dan dahaga semata-mata. Ramadan disifatkan sebagai madrasah yang membentuk insan bertakwa dan berdisiplin dalam seluruh aspek kehidupan.







