Kursus AI Tools Dalam Pembikinan Video Siri 1/2026

Kursus AI Tools Dalam Pembikinan Video Siri 1/2026

Kangar, 13 Januari 2026 – Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menganjurkan Kursus AI Tools dalam Pembikinan Video Siri 1/2026 pada hari Selasa bertempat di Bilik ICT, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Kangar. Kursus ini telah disertai oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perlis sebagai usaha memperkasa kemahiran digital selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Kursus ini dikendalikan oleh Encik Noreriffin Bin Norazaman selaku tenaga pengajar. Sepanjang kursus berlangsung, para peserta didedahkan dengan penggunaan pelbagai alat kecerdasan buatan (AI) dalam pembikinan video, meliputi aspek perancangan kandungan, penyuntingan, penjanaan visual serta penambahbaikan kualiti video bagi menghasilkan bahan multimedia yang lebih menarik dan berkesan.

Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan keupayaan warga Jabatan Mufti Negeri Perlis dalam menghasilkan kandungan video yang kreatif dan berkualiti, khususnya bagi tujuan penyampaian maklumat, dakwah serta hebahan rasmi jabatan. Kursus ini telah diurusetiakan oleh Unit Maktabah Jabatan Mufti Negeri Perlis, dan diharapkan ia dapat memberi manfaat berterusan serta menyokong agenda transformasi digital jabatan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 202
Semalam 3825
Minggu Ini 7541
Bulan Ini 18284

Keseluruhan 3628324

   Masa Capaian : 1.05 saat    Kemaskini :  11/5/2026