Kunjungan Hormat Presiden MATA ke Atas Mufti Negeri Perlis

Kunjungan Hormat Presiden MATA ke Atas Mufti Negeri Perlis

PERLIS, 9 Januari 2026 – Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Perlis telah menerima kunjungan hormat daripada Presiden Malaysian Tourism Association (MATA), YBhg. Dato’ Seri Dr. Mohd Khalid bin Harun, bersama Timbalan Presiden, YBhg. Dato’ Jeffri Sulaiman.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah membincangkan pelbagai isu berkaitan pelancongan di Malaysia dan peringkat antarabangsa, termasuk peranan nilai, budaya dan kefahaman Islam dalam memperkukuh imej pelancongan negara.

Pihak MATA turut mengalu-alukan Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Perlis untuk menghadiri serta terlibat dalam beberapa aktiviti pelancongan anjuran MATA pada masa akan datang sebagai usaha memperluas jaringan kerjasama dan perkongsian ilmu.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Mufti Negeri Perlis, Sahibus Fadhilah (SF) Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim, serta beberapa orang pegawai daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 72
Semalam 3033
Minggu Ini 9830
Bulan Ini 34994

Keseluruhan 3645034

   Masa Capaian : 1.20 saat    Kemaskini :  19/5/2026