Mesyuarat Induk Perlis International Sunnah Convention 2026 Diadakan

Mesyuarat Induk Perlis International Sunnah Convention 2026 Diadakan
 Kangar, 8 Januari 2026 – Mesyuarat Induk Perlis International Sunnah Convention (PISC) 2026 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan Persekutuan, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Mufti Negeri Perlis, Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin.
 
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan gerak kerja dan penyelarasan pelaksanaan program Perlis International Sunnah Convention 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 30 Januari hingga 1 Februari 2026 di Dewan 2020, Kangar, Perlis. 
 
Penekanan diberikan kepada kerjasama strategik antara agensi kerajaan, institusi akademik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan penganjuran konvensyen berjalan dengan lancar.
 
Antara ketua jabatan yang hadir ialah Ketua Pegawai, YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis, YBrs. Puan Maizura binti Shamsudin, serta Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin, Prof. Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle.
 
Turut hadir ialah wakil-wakil daripada pelbagai jabatan kerajaan dan NGO yang terlibat secara langsung dalam penganjuran konvensyen ini.
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 617
Semalam 1210
Minggu Ini 4233
Bulan Ini 37925

Keseluruhan 3609493

   Masa Capaian : 1.04 saat    Kemaskini :  27/4/2026