Mesyuarat Jabatan Pembukaan Tahun 2026
Kangar, 5 Januari 2026 – Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengadakan Mesyuarat Jabatan Pembukaan Tahun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Perlis, Kangar. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh SS. Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis.
Mesyuarat ini diadakan sebagai pembuka tirai bagi tahun 2026 dengan tujuan menyampaikan kata-kata semangat serta ucapan tahniah kepada seluruh kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perlis atas usaha, dedikasi dan komitmen yang telah diberikan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab jabatan sepanjang tahun lalu.
Dalam ucapannya, Pengerusi mesyuarat menzahirkan penghargaan kepada semua warga jabatan atas kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan, di samping menggesa agar semangat kerja berpasukan, integriti dan profesionalisme terus diperkukuhkan bagi menghadapi cabaran serta tuntutan semasa.
Mesyuarat ini turut menjadi platform untuk memperkukuh iltizam bersama dalam merancang dan melaksanakan program serta aktiviti jabatan bagi tahun 2026, selaras dengan peranan Jabatan Mufti Negeri Perlis sebagai institusi rujukan agama dan panduan umat Islam di negeri ini.
Diharapkan mesyuarat ini dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi kerja dan kecemerlangan perkhidmatan jabatan, seterusnya memberi manfaat berterusan kepada masyarakat dan negeri Perlis.







