Bengkel Perancangan Tahunan Jabatan Mufti Negeri Perlis Tahun 2026

Bengkel Perancangan Tahunan Jabatan Mufti Negeri Perlis Tahun 2026

KANGAR, 13 Disember 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menganjurkan Bengkel Perancangan Tahunan Jabatan Mufti Negeri Perlis Bagi Tahun 2026 pada Sabtu bermula jam 8.30 pagi bertempat di Musolla Teduhan Doa.

Bengkel ini melibatkan kehadiran semua kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perlis dan telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis.

Penganjuran bengkel ini bertujuan menyelaras perancangan tahunan jabatan bagi tahun 2026 agar lebih tersusun, strategik dan selari dengan hala tuju jabatan serta keperluan semasa masyarakat. Bengkel ini juga menjadi platform perbincangan dan pertukaran pandangan dalam memperkukuh pelaksanaan program serta inisiatif jabatan.

Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Perlis menekankan kepentingan perancangan yang berfokus, berimpak dan berterusan, di samping menggalakkan komitmen serta kerjasama semua warga jabatan bagi memastikan agenda dakwah dan pentadbiran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Bengkel ini diharap dapat menjadi asas kukuh kepada pelaksanaan program Jabatan Mufti Negeri Perlis sepanjang tahun 2026 secara lebih sistematik dan bersepadu.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 618
Semalam 1210
Minggu Ini 4234
Bulan Ini 37926

Keseluruhan 3609494

   Masa Capaian : 1.06 saat    Kemaskini :  27/4/2026