Bengkel Pra-Perancangan Program Jabatan Mufti Negeri Perlis 2026 Dilaksanakan Selama Dua Hari

Bengkel Pra-Perancangan Program Jabatan Mufti Negeri Perlis 2026 Dilaksanakan Selama Dua Hari

KANGAR, 10 Disember 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menganjurkan Bengkel Pra-Perancangan Program Tahun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan melibatkan penyertaan penuh semua pegawai dan kakitangan jabatan.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari, iaitu pada 9 dan 10 Disember 2025 (Selasa dan Rabu), bertujuan menyelaras dan memperkemas perancangan program serta hala tuju jabatan bagi tahun 2026. Pelaksanaan bengkel ini turut memastikan setiap unit mempunyai perancangan strategik yang tersusun, berfokus dan selari dengan keperluan pentadbiran serta kehendak masyarakat negeri.

Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Prof. Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, yang menekankan kepentingan merangka program yang lebih inklusif, memberi impak kepada masyarakat serta meningkatkan kefahaman agama dalam konteks semasa.

Sepanjang sesi, beberapa penambahbaikan turut dicadangkan bagi memastikan setiap program dirancang dengan lebih efektif dan efisien.

Bengkel ini dijangka menjadi asas kukuh kepada pembentukan Takwim Program Jabatan Mufti Negeri Perlis 2026, sekali gus memastikan gerak kerja jabatan dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berkesan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 614
Semalam 1210
Minggu Ini 4230
Bulan Ini 37922

Keseluruhan 3609490

   Masa Capaian : 1.39 saat    Kemaskini :  27/4/2026