Khutbah Jumaat Perlis Tekankan Kepentingan Muslim Sentiasa Meningkatkan Cita-Cita

Khutbah Jumaat Perlis Tekankan Kepentingan Muslim Sentiasa Meningkatkan Cita-Cita

KANGAR, 5 Disember 2025 – Khutbah Jumaat yang disampaikan di seluruh masjid di negeri Perlis hari ini menekankan kepentingan umat Islam sentiasa meningkatkan cita-cita serta berusaha menjadi insan yang lebih baik dari semasa ke semasa. Khutbah bertajuk “Muslim Sentiasa Meningkatkan Cita-Cita” itu diterbitkan oleh Jabatan Mufti Perlis

Khatib menyeru umat Islam agar terus maju dalam semua aspek kehidupan, termasuk ilmu, amalan, akhlak, keluarga dan masyarakat. Menurut khutbah tersebut, seorang Muslim tidak sepatutnya berpuas hati dengan keadaan diri, sebaliknya perlu sentiasa memperbaiki kekurangan serta menambah kebaikan.

Khutbah turut memetik atsar daripada ‘Umar bin ‘Abdil-Aziz Rahimahullah yang menggambarkan bagaimana jiwa seorang Muslim harus sentiasa bercita-cita tinggi, sehingga cita-cita tertingginya adalah meraih syurga.

Khutbah menjelaskan bahawa peningkatan diri bukan hanya untuk kepentingan peribadi, tetapi juga memberi manfaat kepada orang lain, selari dengan hadis Rasulullah SAW: “Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.”

Khutbah mengingatkan umat Islam bahawa selepas menunaikan solat, mereka digalakkan untuk bekerja dan mencari rezeki yang halal, berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Jumu’ah ayat 10. Kisah Nabi Ayyub AS yang tidak pernah merasa cukup dengan keberkatan Allah SWT turut dijadikan contoh untuk menanam sikap syukur dan semangat meningkatkan pencapaian.

Khutbah menekankan bahawa kemajuan diri memerlukan muhasabah, perancangan dan usaha berterusan. Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 105 dijadikan asas bahawa setiap amalan akan diperhatikan oleh Allah, Rasul-Nya dan orang beriman.

Cita-cita tertinggi seorang Muslim, menurut khutbah, adalah syurga, sebagaimana seruan dalam Surah Ali Imran ayat 133 agar umat Islam berlumba-lumba melakukan kebaikan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1030
Semalam 1201
Minggu Ini 3204
Bulan Ini 5250

Keseluruhan 3615290

   Masa Capaian : 1.04 saat    Kemaskini :  06/5/2026