Jabatan Mufti Negeri Perlis Salurkan Sumbangan Banjir Kepada Kakitangan Terjejas

Jabatan Mufti Negeri Perlis Salurkan Sumbangan Banjir Kepada Kakitangan Terjejas

Perlis, 27 November 2025 — Kelab Kebajikan Jabatan Mufti Negeri Perlis hari ini melaksanakan agihan sumbangan banjir khusus untuk membantu kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perlis yang terjejas akibat banjir di beberapa kawasan di negeri ini.

Misi agihan diketuai oleh SF. Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim, Timbalan Mufti Negeri Perlis, bersama beberapa pegawai jabatan. Agihan melibatkan bantuan seperti barangan keperluan asas, makanan keringbagi meringankan beban kakitangan yang terlibat.

Menurut Ustaz Tajul Urus, bantuan ini adalah sebahagian daripada keprihatinan jabatan terhadap kebajikan warga kerjanya, terutama ketika mereka berdepan musibah yang menjejaskan kediaman dan keperluan harian.

Beliau menegaskan bahawa kebajikan kakitangan merupakan keutamaan dan pihak jabatan akan terus menyalurkan sokongan dari semasa ke semasa.

Sumbangan tersebut diterima dengan rasa syukur oleh kakitangan terlibat yang menghargai komitmen dan perhatian yang diberikan oleh pihak jabatan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1477
Semalam 2245
Minggu Ini 14429
Bulan Ini 54427

Keseluruhan 3664467

   Masa Capaian : 1.01 saat    Kemaskini :  29/5/2026