Mufti Perlis Sampaikan Ucaptama Tekankan Peranan AI Dan Kolaborasi Ilmuwan Dalam Gerakan Dakwah Di Program Dialog Intelek Dan Makan Malam Bersama Delegasi Muhammadiyah

Mufti Perlis Sampaikan Ucaptama Tekankan Peranan AI Dan Kolaborasi Ilmuwan Dalam Gerakan Dakwah Di Program Dialog Intelek Dan Makan Malam Bersama Delegasi Muhammadiyah
KANGAR, 26 Nov — Sahibus Samahah Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menyampaikan ucaptama pada Program Dialog Intelek dan Makan Malam bersama delegasi Muhammadiyyah Indonesia bertempat di Hotel Seri Malaysia, di sini.
 
Dalam ucaptamanya, Mufti Perlis menekankan keperluan gerakan dakwah memanfaatkan perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin mempengaruhi corak pemikiran masyarakat. Beliau menyeru para ilmuwan untuk bergabung idea dan kepakaran agar gerakan dakwah terus progresif serta mampu bergerak seiring kepantasan perkembangan teknologi digital.
 
Mufti Perlis turut menegaskan kepentingan penggiat ilmu memberi tumpuan kepada kesan dan manfaat dakwah kepada masyarakat umum, bukan sekadar pencapaian akademik atau rekod peribadi semata-mata.
 
Sesi dialog yang turut disertai Mufti Perlis itu memberi ruang kepada perbincangan berkaitan pembentangan bertajuk “Muhammadiyyah: Masa Lalu, Kini dan Akan Datang” oleh Ketua Pimpinan Pusat Muhammadiyyah, Prof. Dr. Haedar Nashir, M.Si, dengan fokus kepada peranan gerakan Muhammadiyyah dalam pendidikan Islam, sumbangan terhadap masyarakat serta potensi kerjasama serantau.
 
Program anjuran Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) dengan kerjasama Universiti Muhammadiyyah Malaysia (UMAM) dan Jabatan Mufti Negeri Perlis (JMNPs) itu turut dihadiri delegasi yang sama yang menyertai International Conference Milad Muhammadiyah ke-113 & Milad UMAM ke-4 anjuran UMAM pada sebelah siang.
 

Majlis turut menampilkan sesi dialog bersama para delegasi dan tetamu kehormat sebelum diteruskan dengan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UniSIRAJ dan Majelis Pendidikan Tinggi Penelitian & Pengembangan (Diktilitbang)

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 396
Semalam 1458
Minggu Ini 6923
Bulan Ini 13783

Keseluruhan 3585351

   Masa Capaian : 1.03 saat    Kemaskini :  10/4/2026