Mufti Perlis Sertai Maybank Islamic Shariah Forum 2025 Bincang Isu Agihan Zakat Asnaf Fi Sabilillah

Mufti Perlis Sertai Maybank Islamic Shariah Forum 2025 Bincang Isu Agihan Zakat Asnaf Fi Sabilillah

KUALA LUMPUR, 17 Nov 2025 – Mufti Negeri Perlis, S.S. Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, hari ini turut menyertai para tokoh syariah terkemuka dalam Maybank Islamic Shariah Forum 2025, yang membincangkan dimensi baharu agihan zakat bagi kategori asnaf fi sabilillah.

Beliau tampil sebagai salah seorang panel sesi kedua bertajuk “Aplikasi Semasa Agihan Zakat Asnaf Fi Sabilillah”, yang mengupas kedudukan dan pelaksanaan kategori asnaf tersebut dalam konteks keperluan semasa umat Islam.

Forum anjuran Maybank Islamic dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu turut menghimpunkan beberapa sarjana syariah dan mufti negeri lain, termasuk Mufti Selangor, S.S. Dato’ Dr. Anhar Opir, serta ahli panel dari Majlis Ugama Islam Singapura dan Maybank Islamic.

Program yang disiarkan secara langsung melalui Facebook UKM itu bertujuan memperkukuh pemahaman mengenai tafsiran dan aplikasi fi sabilillah serta menyelaras kefahaman antara institusi kewangan, akademik dan pihak berautoriti agama.

Gambar Ihsan : Universiti Kebangsaan Malaysia

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 3
Semalam 2166
Minggu Ini 2169
Bulan Ini 42167

Keseluruhan 3652207

   Masa Capaian : 1.07 saat    Kemaskini :  22/5/2026