Editor Maktabah
Jumlah paparan: 121
Ilmuwan Nusantara Dan Afrika Berkumpul Di Perlis Perkukuh Kerjasama Dakwah
Editor Maktabah
Jumlah paparan: 121
Editor Maktabah
Jumlah paparan: 121
KANGAR, 14 Nov – Persidangan Majlis Ilmuwan Nusantara (MIN) Kali Ketiga dirasmikan hari ini oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Kompleks Seri Putra, Kangar, dengan penekanan terhadap keperluan memperkukuh kerjasama dakwah rentas negara.
Dalam titah perasmian, baginda menegaskan bahawa dakwah masa kini perlu bersifat komunikasi dua hala dan memanfaatkan perkembangan teknologi bagi memastikan penyampaian mesej Islam lebih berkesan dan beradab.
Hadir sama ialah Sahibus Samahah Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis selaku Pengerusi Persidangan, bersama barisan tetamu kenamaan termasuk Exco Hal Ehwal Agama Islam, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs dan Pengarah JAIPs.
Persidangan bertema “Ta'awun Dalam Dakwah: Antara Persamaan dan Perbezaan” itu menghimpunkan peserta dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Kemboja serta wakil Afrika dari Ethiopia, Namibia, Rwanda dan Kenya.
Pada majlis tersebut, Tuanku Raja Muda berkenan mengurniakan sijil kepada 27 anggota persidangan, termasuk empat wakil Majlis Ilmuwan Afrika. Nusantara–Africa Scholars Summit 2025 akan bermula esok sebagai kesinambungan sesi melibatkan ilmuwan Afrika.
Persidangan turut merumuskan tujuh resolusi utama meliputi diplomasi dakwah, garis panduan kerjasama, hubungan dengan pemerintah, pengurusan perbezaan aliran, etika ilmiah serta pemanfaatan peluang semasa bagi mengukuhkan jaringan dakwah global.
Jabatan Mufti Negeri Perlis dalam kenyataan berkata, persidangan ini terus mengukuhkan peranan Perlis sebagai pusat ilmu serantau yang menghubungkan sarjana Nusantara dan Afrika melalui dialog dan jaringan strategik.







