Tausiah Maghrib Bersama Ilmuwan Nusantara Meriahkan Masjid Alwi, Kangar

Tausiah Maghrib Bersama Ilmuwan Nusantara Meriahkan Masjid Alwi, Kangar

KANGAR, 12 November 2025 – Masjid Alwi, Kangar malam ini disemarakkan dengan kehadiran para ilmuwan Islam terkemuka dari rantau Nusantara dalam program Tausiah Maghrib Bersama Ilmuwan Nusantara, sempena pelaksanaan Majlis Ilmuwan Nusantara (MIN) Kali Ketiga Tahun 2025 yang sedang berlangsung di Perlis.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Pentadbiran Masjid Alwi itu menjadi medan perkongsian ilmu dan nasihat berguna buat masyarakat setempat, dengan menampilkan tokoh-tokoh ilmuwan berwibawa dari negara rantau Nusantara.

Antara ilmuwan yang tampil menyampaikan tausiah termasukDato’ Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya mewakili Malaysia; K.H. Dr. Nashirul Haq Marling dan Dr. H. Rahmat Abdul Rahman dari Indonesia; Dr. Hosen Mohamad Farid dari Kemboja; Ustaz Muhammad Azri bin Azman dari Singapura; serta Syaikh Wan Syukri bin Wan Ismail dari Thailand. Turut hadir bersama ialah Ustaz Nichol Masyhud, Ustaz Fahmi Salim yang turut menyampaikan tazkirah serta pandangan keilmuan mereka kepada para jemaah.

Program yang diadakan selepas solat Maghrib di Masjid Alwi, Kangar ini berjaya menarik kehadiran ramai jemaah Muslimin dan Muslimat yang hadir bagi mengambil manfaat daripada nasihat dan pandangan para ilmuwan serantau tersebut.

Program Tausiah Maghrib Bersama Ilmuwan Nusantara ini merupakan sebahagian daripada pengisian Majlis Ilmuwan Nusantara (MIN) Kali Ketiga Tahun 2025, yang bertemakan “Ta‘āwun Dalam Dakwah: Antara Persamaan dan Perbezaan”, berlangsung selama dua hari di Kompleks Seri Putra, Kangar.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1516
Semalam 1741
Minggu Ini 4942
Bulan Ini 30106

Keseluruhan 3640146

   Masa Capaian : 0.89 saat    Kemaskini :  19/5/2026