Editor Maktabah
Jumlah paparan: 274
Kunjung Hormat Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Ke Atas Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis
Editor Maktabah
Jumlah paparan: 274
Editor Maktabah
Jumlah paparan: 274
KANGAR, 31 Oktober 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis hari ini menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, YDH CP Dato’ Mohammad Shaharul bin Md. Osman, bertempat di Kediaman Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Perlis.
Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Mufti Negeri Perlis dalam usaha memelihara keharmonian, kestabilan serta keselamatan negeri berteraskan nilai-nilai Islam yang sebenar.
Pertemuan yang berlangsung pada jam 9.00 pagi itu turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Jabatan Mufti Negeri Perlis. Sesi perbincangan diadakan dalam suasana mesra dan penuh muhibah, melibatkan pertukaran pandangan berkaitan isu-isu semasa melibatkan keselamatan, sosial serta pembangunan ummah.
Sahibus Samahah Dato’ Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, menzahirkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan menegaskan bahawa kerjasama antara institusi agama dan agensi keselamatan amat penting dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan negara.







