Perlis International Sunnah Convention 2026 Siri Ketiga Dilancarkan Semasa Seminar Al-Qardhawi

Perlis International Sunnah Convention 2026 Siri Ketiga Dilancarkan Semasa Seminar Al-Qardhawi
Kangar, 9 Oktober 2025 – Perlis International Sunnah Convention 2026 (PISC 2026) Siri Ketiga secara rasmi dilancarkan hari ini bersempena Seminar Al-Qardhawi yang berlangsung di Dewan Warisan, Kangar.
 
Majlis pelancaran disempurnakan dalam suasana penuh ilmiah di hadapan para peserta seminar, asatizah serta ilmuwan daripada pelbagai institusi dalam dan luar negara.
 
Perlis International Sunnah Convention 2026 Siri Ketiga akan diadakan di Dewan 2020, Kangar dari 30 Januari hingga 1 Februari 2026, dengan membawa tema “The Sunnah: Source of Knowledge.” Tema ini menzahirkan komitmen berterusan untuk memperkukuh kefahaman terhadap sumber ilmu yang berasaskan Sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan kehidupan sejagat.
 
Konvensyen ini bakal menghimpunkan tokoh-tokoh ilmuwan dan penceramah ternama dari dalam serta luar negara melalui pelbagai sesi wacana dan perkongsian ilmu berteraskan pendekatan ilmiah, hikmah dan kesederhanaan. Selain sesi utama, program ini turut memberi peluang kepada para peserta untuk menyertai sesi “Meet & Greet” bersama para penceramah sebagai wadah interaksi santai antara ulama, pendakwah dan masyarakat.
 
Perlis International Sunnah Convention 2026 Siri Ketiga dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan penajaan utama daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
 
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai konvensyen ini, orang ramai boleh mengikuti laman media sosial rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis.
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 911
Semalam 2142
Minggu Ini 16005
Bulan Ini 56003

Keseluruhan 3666043

   Masa Capaian : 0.96 saat    Kemaskini :  29/5/2026