Kenyataan Kecaman Terhadap Penculikan Sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF)

Kenyataan Kecaman Terhadap Penculikan Sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF)

Jabatan Mufti Negeri Perlis mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan biadab Rejim Zionis Israel yang merampas serta menculik sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang membawa bantuan makanan dan ubatan ke Gaza. Tindakan tersebut jelas menunjukkan sikap penakut dan tidak berperikemanusiaan, yang hanya bertujuan menggagalkan misi kemanusiaan yang murni.

Amat memilukan apabila negara-negara umat Islam yang berjiran dengan Gaza, bahkan yang terlibat dengan laluan perairan kapal GSF, kelihatan tidak berupaya mengambil tindakan tegas. Keadaan ini seolah-olah mengikat tangan dan kaki mereka, lalu membiarkan sahaja kezaliman Israel berterusan terhadap rakyat Palestin dan para sukarelawan.

Sehubungan itu, Jabatan Mufti Negeri Perlis menyeru seluruh rakyat agar bersama-sama mendoakan keselamatan sukarelawan GSF, khususnya rakyat Malaysia yang terbabit, serta memohon dipermudahkan usaha kerajaan dalam proses pembebasan mereka. 

Negeri Perlis akan terus istiqamah melaksanakan doa Qunut Nazilah sebagai tanda solidariti dan sokongan berterusan kepada rakyat Palestin, sekali gus melambangkan komitmen negeri ini untuk sentiasa bersama perjuangan umat Islam yang tertindas, khususnya saudara-saudara kita di Gaza.

 
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ بِأَسْمَائِكَ الْحُسْنَى وَصِفَاتِكَ الْعُلْيَا، أَنْ تُعِيْنَ الْمُسْتَضْعَفِينَ فِي فِلَسْطِينَ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ. اللَّهُمَّ أَطْعِمْ أَهْلَ غَزَّةْ، وانْصُرْهُمْ نَصْرًا مُبِينًا، وَثَبِّتْ قُلُوبَهُمْ عَلَىٰ الدِّينِ وَالصَّبْرِ، اللَّهُمَّ فَرِّجْ عَنْهُمْ كُرْبَتَهُمْ. اللَّهُمَّ اشْفِ جُرْحَاهُمْ، وَفُكَّ أَسْرَاهُمْ، أَللَّهُمَّ أَنْجِ إِخْوَانَنَا الْمُشَارِكِينَ فِي أُسْطُولِ الصَّمُودِ لِكَسْرِ الْحِصَارِ عَنْ غَزَّةَ، وَاجْعَلْ عَمَلَهُمْ خَالِصًا لِوَجْهِكَ، وَاحْفَظْهُمْ وَنَجِّهِمْ مِنْ كُلِّ شَرٍّ، وَأَيِّدْهُمْ بِعَوْنِكَ، يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِالصَّهَايِنِةِ الظَّالِمِيْن وَمَنْ نَاصَرَهُمْ، اللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهَا، وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَاجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِْي نُحُورِهِمْ، وَأَنْزِلْ عَلَيْهِمْ بَأْسَكَ الَّذِي لَا يُرَدُّ عَنِ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ، وَصَلَّى اللهُ عَلَىٰ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ والْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْن
 
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu dengan nama-nama-Mu yang indah dan sifat-sifat-Mu yang mulia, agar Engkau menolong mereka yang tertindas di Palestin dan di setiap tempat. Ya Allah, berilah makan kepada penduduk Gaza, dan berilah mereka kemenangan yang nyata, serta teguhkanlah hati mereka di atas agama-Mu dan kesabaran. Ya Allah, hilangkanlah kesusahan mereka. Ya Allah, sembuhkanlah orang-orang yang terluka dalam kalangan mereka, dan bebaskanlah tawanan-tawanan mereka. Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami yang menyertai armada Sumud Flotilla untuk memecahkan kepungan ke atas Gaza, jadikanlah amalan mereka ikhlas kerana-Mu, lindungilah mereka, selamatkanlah mereka daripada segala kejahatan, dan kuatkanlah mereka dengan pertolongan-Mu, wahai Tuhan sekalian alam. Ya Allah, binasakanlah orang-orang Zionis yang zalim dan sesiapa sahaja yang membantu mereka. Ya Allah, cerai-beraikanlah kesatuan mereka, pecah-belahkanlah kumpulan mereka, jadikanlah tipu daya mereka berbalik ke atas diri mereka sendiri, dan turunkanlah kepada mereka azab-Mu yang tidak dapat ditolak daripada kaum yang zalim.
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 412
Semalam 3299
Minggu Ini 7137
Bulan Ini 32301

Keseluruhan 3642341

   Masa Capaian : 0.95 saat    Kemaskini :  19/5/2026