Penyampaian Sumbangan Terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis Sempena Titian Kasih Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI)

Penyampaian Sumbangan Terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis Sempena Titian Kasih Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI)

Beseri, 9 September 2025-Telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan Terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis Sempena Titian Kasih bertempat di Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI).

Penyampaian sumbangan terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis telah disaksikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Perlis, yang berkenan mencemar duli menghadiri program berkenaan.

Dalam majlis tersebut, SF. Ustaz Tajul Urus Bin Abdul Halim yang merupakan Timbalan Mufti Negeri Perlis telah menyerahkan sumbangan berupa bahan-bahan terbitan ilmiah kepada Puan Nasitah Binti Ibrahim Pengetua MATRI. Sumbangan ini bertujuan menyokong usaha pendidikan Islam serta memperkukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap ajaran Islam berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pihak Jabatan Mufti Negeri Perlis mengharapkan sumbangan ini dapat dimanfaatkan bagi memperkasa usaha pendidikan Islam, menambah sumber rujukan ilmiah, serta menyemai minat dalam kalangan pelajar dan warga sekolah terhadap ilmu yang sahih dan berautoriti.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1233
Semalam 2142
Minggu Ini 16327
Bulan Ini 56325

Keseluruhan 3666365

   Masa Capaian : 0.94 saat    Kemaskini :  29/5/2026