Program Bedah Kitab "Adab Ikhtilaf Dalam Islam" Di Ipg Kampus Perlis

Program Bedah Kitab "Adab Ikhtilaf Dalam Islam" Di Ipg Kampus Perlis

Kangar, 9 September 2025 (Selasa) – Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis telah menganjurkan satu program ilmiah bertajuk "Bedah Kitab: Adab Ikhtilaf dalam Islam" Karangan Prof. Dr. Taha Jabir Al’Alwani yang berlangsung dengan jayanya di Dewan Besar kampus Perlis.

Program ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman para pelajar dan warga IPG mengenai konsep ikhtilaf (perbezaan pendapat) dalam Islam serta adab-adab yang perlu dijaga dalam menangani perbezaan tersebut. 

Majlis dimulakan seawal jam 9.00 pagi dengan ucapan aluan daripada Pengarah IPG Kampus Perlis yang menekankan kepentingan memahami adab ikhtilaf dalam membentuk pendidik yang berilmu dan berhemah.

Sesi bedah kitab disampaikan oleh Mufti Negeri Perlis SS. Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin. 

Program turut diserikan dengan sesi soal jawab yang menyaksikan penyertaan aktif daripada para peserta. Mereka mengambil peluang untuk bertanya mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan ikhtilaf dalam masyarakat kini.

Penganjuran program ini diharapkan dapat melahirkan para pendidik yang bukan sahaja mahir dalam bidang akademik, malah berupaya menjadi contoh dalam mengamalkan sikap hikmah dalam berbeza pandangan.

Program berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada SS. Mufti Negeri Perlis dan sesi bergambar kenang-kenangan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 157
Semalam 3825
Minggu Ini 7496
Bulan Ini 18239

Keseluruhan 3628279

   Masa Capaian : 0.98 saat    Kemaskini :  11/5/2026